Dalam satu hadis, Allah rahmati dan suka orang solat tahajjud:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)
Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.
Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud ialah budaya orang soleh
Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )
Comments