Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2007

Terjemahan ayat Al A'raf : 69........

69. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".( surah Al A' raf:69 )

Alam barzakh.....

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang Yang mati, dan Kami tuliskan Segala Yang mereka telah kerjakan serta Segala kesan perkataan dan perbuatan Yang mereka tinggalkan. dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu Dalam Kitab (ibu Suratan) Yang jelas nyata. ( surah yasin :12)

Rumah Terbuka.. Dimana mana...

Emmmm.... makan makan ....dan makan..... disamping kita sibuk mengunjung kengkawan yang membuat rumah terbuka.... jangan pula kita lupakan ibadah puasa 6 hari di bulan syawal... walaupun sunat tetapi besar fadhilatnya.....

Api oh api

Pernahkah kita fikirkan... dan fikirkanlah sejenak ..sejauh mana kita mampu menghadapi api nerakah ALLAH..sedang api yg kecil pun .. tak tertahan kita menanggungnya... fikir fikirkan..

Saudara Seislam Ku

Sedang kita berseronok dan bergembira di Hari raya jangan pula kita lupa sahabat sahabat kita yang dalam kesusahan.. Saudara seislam kita di palestin ader yang masih bergelumang dengan peperangan , kebuluran dan melarat.. moga moga kita jangan terlalai dengan kemewahan yang kita kecapi... insafilah dan bantulah sahabat seislam kita....

Kuih muih di Hari Raya

Terjemahan bacaan di dalam solat..

Takbir Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan den...

Zikir itu mendidik hati

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26 “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205 “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191 “Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14 “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bag...

takbir raya...

selamat ber takbir dengan memuji ALLAH Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana....

selamat menyambut aidilfitri

asslamualaikum... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua pegunjung blog saya Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin.... Namun Ramadhan masih belum berakhir....penuhilah malam malam terakhir ini dengan Ibadah dan zikir.... moga ramadhan kali ini banyak memberi kesan terhadap kita... Berdoalah agar kita dipanjangkan umur supaya kita dapat bertemu dengan ramadhan akan datang....

Zakat....

Al-Ahzab [33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Surah At Taubah.....Tafsirannya...

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. 129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Solat Tahajjud

Dalam satu hadis, Allah rahmati dan suka orang solat tahajjud : Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ; “Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud) Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik. Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud ialah budaya orang soleh Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )

Terjemahan Al Qur’an dalam bahasa Malaysia

silalah kelaman ini www.alquran.plazaniaga.com

Terjemahan Surah Al-'Asr

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! (Surah Al-’Asr, Ayat 1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (Surah Al-’Asr, Ayat 2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-’Asr, Ayat 3)

10 Malam yg terakhir

Ramadhan semakin berakhir... hanya tinggal 10 hari lagi... Ramadhan akan datang belum pasti kita berjumpa lagi.. isilah 10 malam terakhir ini dengan memohon keampunan , kerahmatan dan keredhaan ALLAH... bangunlah malam.. tunaikan solat... moga kita tergolong dalam hamba hamba yang taat dan patuh pada perintahNYA